Tuesday 24 November 2015


Profile  Guru


Profile  Pembantu  Guru







Perkongsian  Ilmu

Mengajar Anak Mengenal Al-Quran

Mari renungkan  "Hak seorang anak adalah kamu hendaklah menyedari bahawa dia berasal daripada kamu. Jika dia baik atau jahat, semuanya berkait dengan kamu. Kamu adalah bertanggungjawab untuk membesarkan, mendidik dan membimbingnya ke jalan Allah serta membantunya menjadi anak yang taat. Kamu wajib melakukan sedemikian sehingga kamu berbuat baik kepadanya, kamu yakin kamu akan mendapat ganjaran dan jika kamu berbuat tidak baik kepadanya, kamu akan mendapat seksaan"-Mutiara Kata cicit Rasullullah s.a.w Imam Ibn Hussain ibn Ali ibn Abi Talib



Artikel ini ditulis oleh Puan Mazlina Karim yang telah berjaya mendidik anak-anaknya dari bayi hingga dia boleh membaca al quran dan menghafal 30 surah al-quran pada umur 3 tahun. Belaiu merupakan Ibu kepada 2 orang anak Darwish dan Darwisha

Terima kasih kerana menyumbangkan artikel yang hebat ini.

Bagaimana Membantu Kanak-kanak Menghafal Surah-Surah Penting dan Panjang Dalam Al Quran 
Dalam membantu anak kita untuk mudah mengingati apa-apa surah yang akan dihafalnya, 
cara saya tetap sama samada untuk surah pendek atau surah panjang. 

Mulakan dengan membiasakan anak dengan MENDENGAR surah tersebut yang dibaca oleh qari yang kita sendiri suka akan lagu bacaannya. 

Jadikan bacaan qari tersebut sebagai teman tidur dan teman perjalanan anak kita. 

InsyaAllah, mudahlah untuk mereka menghafal sesuatu yang telah biasa didengar berulang kali. 

Kemudian, baru ajar MEMBACA surah tersebut. Ajar hingga dia boleh MEMBACA dengan LANCAR/tiada kesalahan. 

Kemudian, baru suruh anak MENGHAFAL. 

Selalunya Darwisya dapat menghafal  sehari dua selepas dia dapat membaca mana-mana surah dengan lancar samada surah panjang atau pendek.

Untuk diri saya, qari yang menyentuh hati saya adalah Qari dari Kuwait, Shaykh Mishary Rashid Ghareeb Mohammed Rashid Al-Afasy. 

Mencari CD yang jelas bacaannya dipasaran agak sukar mungkin kerana telah di ulang salin/dubbing beberapa kali hingga bacaannya bergaung dan kurang jelas. Maka, jika qari ini juga kegemaran pembaca, cara terbaik untuk mendapatkan bacaan yang jelas dan berkualiti adalah 

1. Beli CD-R kosong (yang paling murah harga 70sen sekeping)
3. Pilih surah yang dikehendaki (free download yang dibenarkan). Setiap surah semasa kita download akan ada tercatit panjang masa surah tersebut. Jumlah masa dalam 1 CD-R adalah lebih kurang 70-80 minit sahaja. 
4. Untuk memindahkan download ke CD-R, pilih 'audio data' (for car and other general radio)
5. Dah siap..


Sebelum menidurkan anak, CD tersebut akan dipasang dengan perlahan di radio dan tekan mode 'repeat'. Ia akan 'mengaji' untuk anak kita sehingga dia terlena dan diteruskan hingga esok pagi. Pastikan volume perlahan(kalau kuat anak tak boleh tidur pula). Kita boleh pilih samada untuk diulang repeat satu surah sahaja atau atau diulang bacaan satu CD tersebut. 


Untuk di dalam kereta, saya letakkan CD surah yang telah dihafalnya supaya dia tidak lupa apa yang dihafalnya sebelum ini. Ini memastikan hafalan yang lepas terus kekal. Jika bila-bila masa saya membawa anak berjalan, ayat yang terhafal terdahulu yang akan saya pasang untuk mereka sepanjang perjalanan. Siaran radio atau CD lain hanya akan saya buka jika saya berseorangan memandu. 

Sekiranya anda tiada masa untuk mengumpulakn sendiri bacaan Al-quran itu, anda boleh dapatkan VCD Bacaan Al-quran disini








Mencorak anak-anak dalam pendidikan, akhlak, sahsiah diri bermula dari rumah, dari kita sebagai ibu dan bapa. 

Ia bukan bermula di sekolah atau tadika. 





Renungan  Bersama

SAYANGI DAN CINTAI ANAK ANDA


Jangan salah faham dengan tajuk kali ini. Bagi anda yang sudah memiliki anak, sayangi dan cintailah mereka dengan kasih sayang hakiki. Bagi saya, saya menyayangi dan mencintai anak-anak didik saya yang masih berusia 7-12 tahun. Saya cuba memahami perasaan mereka. Saya sayang adik-adik saya juga (walaupun saya suka marah diorang) ^^
Ingin saya jelaskan bahawa segala yang ada di dalam blog ini adalah sekadar perkongsian untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Bukan untuk mengejar dunia, populariti dan sebagainya. Jauh sekali hendak bongkak dan membangga diri dengan Ilahi. Na’uzubillah. Sebab itu, segala yang ada dalam blog ini adalah untuk dikongsi. Sharing is caring right?? Saya masih jahil. Tapi, tak salah kan untuk kita berkongsi.. ^^


BIAR NAKAL, ASAL TAK JAHAT
Saya pernah luangkan sedikit masa untuk ber’dating’ bersama seorang murid lelaki. Darjah 3. Dia selalu tak bawak buku, tak buat kerja. Dia pernah mengadu, kadang-kadang dia pernah dipukul oleh bapanya. :(
Saya bukanlah nak sibuk hal peribadi dia, tapi, inilah ciri-ciri guru yang prihatin kan.. (hehe) =.=
Ustazah : Kamu buat tak kerja sekolah?
Murid A : Buat..kadang-kadang,saya lupa..
Ustazah : Lupa? Ustazah yang dah tua ni pun masih …ingat lagi tau..kamu, muda2 lg dah lupa..ape laaaa!
Murid A : …(diam je..)
Ustazah : Erm, kamu anak angkat kan?
Murid A : A’ah..
Ustazah : Bila kamu tahu yang kamu ni anak angkat?
Murid A : Errr..umur saya 2 tahun kot..
Ustazah : Haaa?? Awalnya! Kamu faham ke waktu tu? Kamu tahu tak siapa ibubapa kandung kamu? Pernah tengok gambar diorang tak?
Murid A : Tak tahu. Tak pernah, ustazah.. (tunduk je, sedih kot)
Ustazah : Mak ayah angkat kamu tak ada cerita apa-apa?
Murid A : Tak.
Ustazah : Kenapa kamu kata kamu kadang2 kena pukul? Mesti sebab nakal kan. Kamu buat apa je sampai kena pukul?
Murid A : Saya kacau adik saya. Kadang2, saya jumpa dengan kawan yang mak saya tak kenal.
Ustazah : Ayah angkat kamu pukul kamu dengan apa? Sakit?
Murid A : Dulu, guna tali pinggang.. Sekarang, guna hanger. Sakit..(hanya tunduk, matanya sudah mula menakung derita)
Ustazah : Kamu saja ke yang kena pukul?
Murid A : Kakak dengan adik saya pun kadang2 kena juga. Kakak saya kena pukul sebab dia jumpa kawan lelaki. Adik saya pun selalu kacau dan pukul saya, sebab tu dia pun kena.
Ustazah : Laaa..takkan sebab kacau2 pun kena pukul dengan hanger? Kakak kamu jumpa pakwe? Darjah berapa?
Murid A : Kakak saya tingkatan 1.
Ustazah : Kamu sayang diri kamu?
Murid A : (hanya mengangguk)
Ustazah : Kamu sayang mak ayah angkat kamu?
Murid A : (hanya mengangguk)
Ustazah : Kamu sayang ustazah?
Murid A : Sayang.
Ustazah : Kalau macam tu, janji dengan ustazah boleh? Bawak buku, buat kerja, jangan bagi mak ayah marah, jangan bagi ustazah marah. Boleh tak?
Murid A : Boleh..
Ustazah : Ustazah sayang anak2 ustazah. Ustazah sedih bila anak murid ustazah kena pukul, menangis sorang2. Ustazah tak boleh bantu kamu dekat rumah. Ustazah hanya mampu bantu di sekolah saja. Ustazah tak lama pun dekat sini. Sebab tu, ustazah nak bantu selagi ustazah ada. Ustazah sayang kamu. Belajar rajin2. Tak payah nak ada pakwe makwe. Dah besar macam ustazah ni, barulah boleh. Faham? Ustazah pun takde pakwe lagi tau.
Murid A : Baiklah ustazah..saya sayang ustazah..
* Jangan salah faham ya dengan statement ‘Tak payah nak ada pakwe makwe. Dah besar macam ustazah ni, barulah boleh’. Ini hanyalah analogi untuk budak-budak sahaja. ^^
p/s : Sayangilah anak2mu.. Sayangilah anak2 didikmu.. Jangan biarkan mereka terus2an derita dengan pukulan tali pinggang atau hanger hanya kerana mereka nakal.. Jangan sampai emosi mereka terganggu sehingga mengabaikan pelajaran.. Ambil tahu perasaan mereka..


Mereka juga manusia. Ada jiwa. Ada rasa.



Lokasi : KM 28, Pekan  Batu  Gajah  Pasir, 77400, Sungai  Rambai Melaka.



Prinsip  Rukunegara  menjadi  keutamaan  kita  sebagai  rakyat  Malaysia







 


Tabika KEMAS  berpegang  kepada  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan



Kanak-kanak  juga  belajar  melalui  nyanyian. Kemahiran  berbahasa, sosial , emosi    meningkatkan  keyakinan  diri.



Kraftangan  juga boleh dibuat  bersama-sama  kanak-kanak  di mana mereka  akan  menggunakan  pelbagai  kemahiran dalam  diri. 

Monday 23 November 2015

Selamat Datang Ke TABIKA KEMAS Batu Gajah Pasir


Di  TABIKA KEMAS  pelbagai  aktiviti  dijalankan mengikut Kurikulum  Standard  Prasekolah  Kebangsaan

Aktiviti  kanak-kanak  sangat  penting  dalam  membentuk  kemahiran  dalam  perkembangan  kanak-kanak. Antara  aspek  kemahiran  yang  terbina  ialah  kemahiran  berbahasa, sosioemosi, nilai-nilai  murni  dan  kognitif.
Perkembangan  fizikal  kanak-kanak  dalam  aktiviti  luar mengukuhkan  psikomotor halus  dan psikomotor kasar. Kanak-kanak  mebuat  pergerakan lokomotor dan non lokomotor.
Sahsiah   kanak-kanak  berkembang  dengan  baik  apabila  boleh   bekerjasama  seperti  membaca, membuat  aktiviti  menyanyi, berlakon  dan  bercerita.

Antara  aktiviti-aktiviti kanak-kanak TABIKA